Sabtu, 4 Ogos 2012

Diciptanya Hawa

Sebaik je tayangan drama Takdir Qismah kt tv3, rasanya dah rmai mula demam lagu/ost cter tu.. maklumlah susunan muzik n lirik yg sungguh puitis n bermakna.. mampu menarik minat sesiapa je yg mendengar.. So, entri kali nk cter la serba sdikit psal pnyanyi baru ni, n lagu ni.. jz to share..

ni laa cover album artis baru berbakat besar ni..

Shanel Shanty James ni pendatang baru dlm dunia hiburan sekali.. Artis ni mula dicungkil bakat dari rncangan realiti ntv7, audition musim pertama.. yg waktu tu dimenangi oleh Tria. So, jejak langkah artis ni lama berhenti sepi seketika... sehingga lah skrg, dengn penuh berani Shanel dah keluarkn albumnya yg pertama, PERJALANAN.. wah2, tajuk album yg sesuai menceritakan perjlanan hidup n kariernya.. Kalau dpt dilihat artis skrg lg suka kluarkn single terbaru, tp bkn bg shanel ni.. terus kuar album.. Hihi.. mcm Najwa latiff jugak.

Bila dngar preview lagu2 dlm albumnya agk menarik n best.. Tone suara memg patut dipuji, mklumlah artis ni asal dari sabah.. so, kemantapan vokalnya pon xdpt dsgkalkan lagu.. Credit to u Shanel...!!! lagu2 yg menarik  dlm album ni ialah disakiti cinta n kau erti hidupku.. Wah2, nmpaknya album ni pon dpt sentuhan dari komposer2 hebat tnah air jugak mcm azlan abu hassan yg dah cipta lagu kau erti hidupku.. Sedap jugak lagu ni, sekali dgr dh terngiang, n lirik yg simple dari sulu sarawak (mula dikenali selepas cipta lagu Kaer-Izinku pergi).. nice!!!

Lagu yg paling Hot n best bg aku dlm album ni mestilah ost takdir qismah TV3, "DICIPTANYA HAWA".. muzik yg best n lirik yg mantap, mampu meresap dlm jiwa sesiapa je bila dgar lgu ni.. Apa2 pon congratz bt pencipta lagu ni Kevin n lriknya Tinta.. gabungan komposer ni jgak pernh mengegarkn AJL dgn kemengan lagu Beribu Sesalan baru2 ni.. Mnalah tahu ada rezeki menang lagi.. 

Di kala kau rebah kecewa...
Dan lemas di lautan airmata
Hanya dia yang tahu mendakapmu
Membelai jiwa pilu...

Di kala dirinya didusta
Hidup perit kerna diduga duga
Tak pernah sinar di matanya pudar
Bibirnya tetap tersenyum...

Di sebalik kelembutannya
Terselit kekuatannya...
Yang tak terbanding jua begitu waja
Diciptanya setiap hawa

Di hatinya adanya kasih
Seluasnya samudera...
Yang tak terbanding jua hujung dasarnya
Itulah cinta dari syurga...

Di kala dirinya didusta...
Hidup perit kerna diduga duga
Tak pernah sinar di matanya pudar
Bibirnya tetap tersenyum
Sembunyi duka...

Bila dinilai n dihayati betul2 lirik lagu ni memg best n puitis.. For me, hawa ni menuju pd kaum pompuan, so, bila difikir balik2, lojik jugak law lagu ni menunjukkan kehebatan n jasa seorg ibu. Dikala sedih, dialah penyeri hidup kita... Dan kasih dia lah mampu bawa kita ke syurga... terima kasih ibu!!!

Khamis, 2 Ogos 2012

kueh pilihan

Dikesempatan ni, bulan ramadhan dh tiba, wah2 syok sungguh nk citer psal kueh ni.. Mklumlah juadah tambahan di waktu berbuka.. ewah2... sedap jugak law dpt mkn kuih2 tradisi ganu.. mklumlah anak jati Ganu.. Study jauh2 po bkn senang nk cari kueh2 yg popular d ganu ni...


Haa.. ni kueh asam gumpal.. sedap jugak ni, rasanya manis2 menusuk kalbu bila mkn.. xingt dunia.. dibuat dari sagu n yg bulat2 tu berintikan kacang.. Memang sedap n kenyang laa law dpt, hrga pon xder laa mahal sgt. Ckup2 mkn lor... hidangan wajib try.. dah try nak lagi!!!! ada BRAN????



Nama empunya kuih ni pula ialah kuih nekbat.. Kuih tradisi org2 pantai timur, terutama terengganu n kelantan. Rasanya manis2 mengancam jugak laa.. Tp, law dah mkn kena jaga2 skit la, kandungan gula tinggi sgt, Law berlebihan leh dpt kencing manis lak.. ish2... Kuih ni dah mcm pembasuh mulut yg diperbuat dari tepung beras dan telur. Biasa nya dah beli siap packet laa, n rebus jer ngn air gula dan letak daun pandang.. naik aroma woo..


Ni plak diberi nama kuih Akok.. wah2, memg femes di Terengganu ni.. Ada 2jenis acuan untk kuih ni, ada bentuk bujur n bunga2.. tp, aku lg suka yg berbunga ni.. cantik n berkrim gtu.. Akok ni rasa manis n bertelor. So, lemak2 skit, mkn skit pon dah cept kenyang.. Sesuai la utk org kebulur2 ni. Hihi.. Kuih ni biasanya warna hijau pucat n kuih ni dibakar.. Tu yg rasanya sedap n menjadi pilihan org2 ganu ni..


kuih seterusnya diberi nama kole kacang.. Rasa kacang padat n lembut. Wah2 memg sedap laa.. Manis2 je rasanya, tgok dri warna pon cm dah sedap, meleleh air liur.. Hihi.. Harga dijual pon xde la mahal sgt.. 3ketul RM1... ok laa, xpuas mkn ni.. Hihi.


Kuih pilihan seterusnya ni, kuih cik mek molek atau family aku pangggil kuih MEK COMEL.. haha.. pada pdngan aku xder la comel sgt dari segi texture nya.. rasanya mungkin rasanya kot yg boleh bt si pemakannya nmpak comel kot.. Haha.. Mcm2 hal la.. Wrna cokelat keemasan ni.. Memg sedap bila dimkn panas dgn diperbuat dai isi ubi n berintikan gula.. wah2.. bila mkn, mencuah2 air gula cair dlm mulut. Tu yg sedap.. 


Kuih siput. Bila tgok kuih ni teringat zaman2 lama aku n family.. wah2, seronok dulu dapt buat kuih ni sama2 ngn akak2 aku. Mklumlah kuih ni xder la susah sgt nk buat, paling best saat nk gentel tu.. haha.. Sambil bertarung siapa lg cepat tu.. Hihi.. Bila digoreng, rangup rasanya... tp, kena simpan elok2 dlm bekas xk bg lemau la..


Nama empunya kuih seterusnya ni plak puteri mandi..Ntah cmne dapt nama tu kan.. Hihi.. Unik betul.. Tp, rasanya memg best. Boleh tahan jugak ni.. Ala2 onde2 jugak, cepat air gula melaka or nisan cair n banjir kt luar.. Rasanya pon lembut n anjal.. 


Kuih ketayap.. Ni ada mcm2 warna, terpulang pd kita la, law warna hijau ada rasa pandan, pink ada rasa sirap n kuning ada rasa oren.. Tapi intinya tu yg manis, inti kelapa manis digaul ngn gula melaka.. Sedap seot.. Mkn satu xpuas. tmbah2 lagi laa..


Kuih telinga lembik ni pon salah satu favourite sejak zaman budak2 lg.. walaupon mak aku xpndai n xberminat pon nk wat, so beli kt kedai or pasar je la. Janji boleh mkn.. So, xtahu la sgt nk cter cara nk buatnya, tapi rasanya memg sedap... Manis jugak.. Adoii... lama2 kencing manis jugak aku ni kan.. Haha.. Dah semua kuih manis.. Ish2... 


kuih lompang ni pon menarik juga.. rasanya sedap n warna warni.. Haha.. dapat warna yg cantik2, sayang lak nk mkn.. Haha.. Tu masa zaman budak2 la, sekarang main mkn je.. Masuk mulut lor jwbnya, dimakan dengan kelapa parut yg dicampur gula n sedikit garam.. Memg TERBAIK!!!


kuih peneram?.. haha.. ni lah kuih yg bermcm2 nama.. ada panggil ni kuih donut kecik n kuih telinga dot.dot.dot.. tpi, rasanya still sama. Manis2 berkrim gtu.. Memg sedap, law nk beli beli laa byak skit, mkn2 rmai2 baru best.. hihi... 


Kuih Qasidah ni memg sedap.. Hihi.. Rasa yg manis n berlemak ni dimakan dgn bwang goreng.. rangup bwang tu.. Memg sedap, tp kebiasaannya aku akn goreng sedikit bawang lebih baru mkn.. Hihi.. rasa rangup n aroma bawang tu mampu menaikkn selera sesiapa je..


Ada mcm Hot Dog?... haha.. tpi, yg uniknya ni lah kuih roti kamat.. Tu family aku pnggil la, lain org lain panggilannya kot.. rasanya yg manis ni memg sedap.. Dimakan panas2 n minum air Hot Coffee,, Fuh2, memg sedap.. Best law Starbuck ada jual kuih ni.. Haha.. Lagi naik rating la kuih ni nanti..


Kuih seterusnya ni memg dah femes seluruh malaysia dah.. rasanya yang manis2 tu yg menarik minat sesiapa2 je.. Ni lah namanya kuih Baulu.. Kalau dapt cicah ngn air kopi panas ni memg sedap... Mkn pulak d musim tengkujuh.. Hihi.. 


Ni plak kuih favourite ank2 buah aku. Hihi.. Kuih tepung pelita.. Nama pon cm unik n best kn mcm rasanya.. Dilitupi dgn daun pandan, tu yg naikkan aroma n rasanya.. Manis2, and ada 2layer, layer putih kt atas n warna hijau kt bwah2... Mkn gn sudu laa, law mkn ngn tangan habis hancur kuih tu, dah xlalu nk mkan.


Pulut lepa hidangan wajib di bulan ramadhan n hari rya nanti.. mak aku suka sgt la buat kuih ni.. Maklumlah rmai ahli family yg suka sgt kuih ni.. Dikalangan kawan2 aku kt KL tu pangil kuih Pulut Panggang.. Apa2 pon, rasanya sama. diperbuat dari pulut n berintikan kelapa n isi ikn goreng,, memg sedap.. Ditambah plak mkn ngn serunding pedas.. fuyoo!!! berapi la jawabnya.. Asyik tambah je nanti.. Hidangan yg menarik!


Lastly, ni plak kuih tepung kapur.. Warna cokelat n dimakn dgn isi kelapa yg dah digaul ngn gula n garam.. rasanya memg sedap.. Dipotong nipis n kecik supaya senang nk makan n digaul dgn kelapa.. Memg best rasanya.. Asyik2 nk tambah aje. 





Rabu, 1 Ogos 2012

ramadhan tiba lagi



Menjelang Ramadhan,setiap insan pastinya akan mengunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menjalankan ibadah puasa:

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAUBAT lah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,



Kerana Gelap malamMU ku terjaga, 
keranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU, 
kusambut pemberianMU , 
dengan harapan kudapat kerinduanMu
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...



Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir batin





Institut Jantung Negara (IJN), KL

Dah lama pergi, baru skrg nk post dlm blog.. huhu.. apa kejadah laa.. Hihi.. Apa2 pon,Erm2.. akhirnya dapat jugak kaki aku jejak kt IJN ni.. Tiap kali dengar nama IJN (institut Jantung Negara), teringat kt tokoh PM kita, Tun Mahathir Mohammad.. ye laa, beliau kn da bnyak kali admit kt sini... Fuhh, bangga btol dapat masuk sini. Ronda2... Budak2 group aku (DIMI5), cohort pertama yg dapat lawat IJN ni.. Thanx to mdm Izdihar Kamal (my lecturer).. sb mdm laa kitorg diberi kebenaran buat lawatan kt cni.. First2 masuk terpegun tgok. Luas btol tempatnya.. Ada bnyak bilik xray, MRI n CT scan.. pe2, kt cni aku berpeluang tgok RNI machine n Radiotracer.. Maklumlah sesetengah hospital je kt malaysia ada semua tu... Chaiyaaaa laa IJN ni.. hihiks...

bergambar kenangan,, hope dpt dtg sini lg.. insyaAllah..


natcomp 2012

poster final natcomp2012..

Excited btol dpt tgok natcomp2012 finale ni... Mklumlah first dpt tgok live.. Nasib baik tahu jugak psal ni, ttbe2 terdetik nk tgok dlm internet psal jdual natcomp ni, rupa2nya terengganu dh dipilih jd tuan rumah untk pertandingan kali ni.. Wah2, bangga seot.. Maklumlah bkn senang dpt tgok live, ingtkan buat kt bukit jalil or shah alam je.. Pertndingn berlansung kt stadium tertutup gongbadak..

cantik jugak stadium ni kn.. 


Program dh mula awal tghari lg, tpi2 mula2 cm xbest je, pertndgn divisyen2 xsilap... so, yg dtunggu2 pertngan utk divisyen1.. Tganu diwakili smjk chung hwa wei sen n smk lembah bidong.. Nk bg semngat nih...
Persembahan mlm tu smua mantap2 la.. Thanx pd yg tersayang sb sudi teman tgok nih. hihi.. Puas la hati sb akhirnya impian nk tgok live terlaksana, sebelum ni jz dpt tgok dlm youtube je laa, xbest!!!

Yg paling persembahan dri wakil Kuala Lumpur, smk victoria n smk st.john institution.. Ewah2.. memg hebat laa.. persembahan bertemakn tribute to Sudirman n P.Ramlee.. hihi.. terimbau kmbali pd lagu2 lama.. Hihi.. Persembahan Wakil tganu pon xkurang hebatnya..

gaya seragam dri smk chung hwa wei sin, Tganu... tema Prince of Egypt.

persembahan st john institution pon lebih kurang hebat.. wah2, nice constume award.

For me, persembahan mlm tu memg hebat2 belaka, bnyak surprise la mlm tu.. penuh ceria n warna warni.. Persembahan x mengecewakan, cma kecewa sb pasukan pncragam smk sultanah asma n sek tun fatimah (STF) xmasuk... Law ada, mesti ada sengit nih.. lagi mengancam.. haha... pe2 pon, thniah bt pasukan yg berjaya mlm tu.. SMK KEAT HWA, kedah... persembahan yg best ngn tema SPAIN.. wah2, penari2 dia comey2!! constume pon ok... pada wakil tganu, hope lpas ni kerja keras lgi, bg menang gtu.. Yeah!!! hidup Ganu!!! 

tahniah KEAT HWA... kedah!!!!


ILP Gongbadak!!


Detik ni hantar mu little bro ke Institut Latihan Perindustrian Gongbadak, K.terengganu... Wah2, last minit punyer plan, ttbe dh kena hantar dia lapor diri... So, tghari tepat pkul1tghari dh gerak laa ke sana.. Nasib baik la dekat jer, sempat la beli barang2 semasa dulu... Haha.. Seronok jugak rupanya dpt hntar org p bljar ni, Selama ni org je hantar aku.. haha.. Thniah laa buat AFIQ IZHAM sb berjaya masuk.. Hope lepas ni berubah laa, jadi rajin sket n belajar molep... Kos diambil SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM), mcm susah je.. Hopefully dpt lah dia fokus, dah tu minat dia.. haha...

sempat lgi bergmbar ngn akak aku yg sorg ni,.. bajet lawo~~~

haha.. maskot~~