Sabtu, 4 Ogos 2012

Diciptanya Hawa

Sebaik je tayangan drama Takdir Qismah kt tv3, rasanya dah rmai mula demam lagu/ost cter tu.. maklumlah susunan muzik n lirik yg sungguh puitis n bermakna.. mampu menarik minat sesiapa je yg mendengar.. So, entri kali nk cter la serba sdikit psal pnyanyi baru ni, n lagu ni.. jz to share..

ni laa cover album artis baru berbakat besar ni..

Shanel Shanty James ni pendatang baru dlm dunia hiburan sekali.. Artis ni mula dicungkil bakat dari rncangan realiti ntv7, audition musim pertama.. yg waktu tu dimenangi oleh Tria. So, jejak langkah artis ni lama berhenti sepi seketika... sehingga lah skrg, dengn penuh berani Shanel dah keluarkn albumnya yg pertama, PERJALANAN.. wah2, tajuk album yg sesuai menceritakan perjlanan hidup n kariernya.. Kalau dpt dilihat artis skrg lg suka kluarkn single terbaru, tp bkn bg shanel ni.. terus kuar album.. Hihi.. mcm Najwa latiff jugak.

Bila dngar preview lagu2 dlm albumnya agk menarik n best.. Tone suara memg patut dipuji, mklumlah artis ni asal dari sabah.. so, kemantapan vokalnya pon xdpt dsgkalkan lagu.. Credit to u Shanel...!!! lagu2 yg menarik  dlm album ni ialah disakiti cinta n kau erti hidupku.. Wah2, nmpaknya album ni pon dpt sentuhan dari komposer2 hebat tnah air jugak mcm azlan abu hassan yg dah cipta lagu kau erti hidupku.. Sedap jugak lagu ni, sekali dgr dh terngiang, n lirik yg simple dari sulu sarawak (mula dikenali selepas cipta lagu Kaer-Izinku pergi).. nice!!!

Lagu yg paling Hot n best bg aku dlm album ni mestilah ost takdir qismah TV3, "DICIPTANYA HAWA".. muzik yg best n lirik yg mantap, mampu meresap dlm jiwa sesiapa je bila dgar lgu ni.. Apa2 pon congratz bt pencipta lagu ni Kevin n lriknya Tinta.. gabungan komposer ni jgak pernh mengegarkn AJL dgn kemengan lagu Beribu Sesalan baru2 ni.. Mnalah tahu ada rezeki menang lagi.. 

Di kala kau rebah kecewa...
Dan lemas di lautan airmata
Hanya dia yang tahu mendakapmu
Membelai jiwa pilu...

Di kala dirinya didusta
Hidup perit kerna diduga duga
Tak pernah sinar di matanya pudar
Bibirnya tetap tersenyum...

Di sebalik kelembutannya
Terselit kekuatannya...
Yang tak terbanding jua begitu waja
Diciptanya setiap hawa

Di hatinya adanya kasih
Seluasnya samudera...
Yang tak terbanding jua hujung dasarnya
Itulah cinta dari syurga...

Di kala dirinya didusta...
Hidup perit kerna diduga duga
Tak pernah sinar di matanya pudar
Bibirnya tetap tersenyum
Sembunyi duka...

Bila dinilai n dihayati betul2 lirik lagu ni memg best n puitis.. For me, hawa ni menuju pd kaum pompuan, so, bila difikir balik2, lojik jugak law lagu ni menunjukkan kehebatan n jasa seorg ibu. Dikala sedih, dialah penyeri hidup kita... Dan kasih dia lah mampu bawa kita ke syurga... terima kasih ibu!!!

Khamis, 2 Ogos 2012

kueh pilihan

Dikesempatan ni, bulan ramadhan dh tiba, wah2 syok sungguh nk citer psal kueh ni.. Mklumlah juadah tambahan di waktu berbuka.. ewah2... sedap jugak law dpt mkn kuih2 tradisi ganu.. mklumlah anak jati Ganu.. Study jauh2 po bkn senang nk cari kueh2 yg popular d ganu ni...


Haa.. ni kueh asam gumpal.. sedap jugak ni, rasanya manis2 menusuk kalbu bila mkn.. xingt dunia.. dibuat dari sagu n yg bulat2 tu berintikan kacang.. Memang sedap n kenyang laa law dpt, hrga pon xder laa mahal sgt. Ckup2 mkn lor... hidangan wajib try.. dah try nak lagi!!!! ada BRAN????



Nama empunya kuih ni pula ialah kuih nekbat.. Kuih tradisi org2 pantai timur, terutama terengganu n kelantan. Rasanya manis2 mengancam jugak laa.. Tp, law dah mkn kena jaga2 skit la, kandungan gula tinggi sgt, Law berlebihan leh dpt kencing manis lak.. ish2... Kuih ni dah mcm pembasuh mulut yg diperbuat dari tepung beras dan telur. Biasa nya dah beli siap packet laa, n rebus jer ngn air gula dan letak daun pandang.. naik aroma woo..


Ni plak diberi nama kuih Akok.. wah2, memg femes di Terengganu ni.. Ada 2jenis acuan untk kuih ni, ada bentuk bujur n bunga2.. tp, aku lg suka yg berbunga ni.. cantik n berkrim gtu.. Akok ni rasa manis n bertelor. So, lemak2 skit, mkn skit pon dah cept kenyang.. Sesuai la utk org kebulur2 ni. Hihi.. Kuih ni biasanya warna hijau pucat n kuih ni dibakar.. Tu yg rasanya sedap n menjadi pilihan org2 ganu ni..


kuih seterusnya diberi nama kole kacang.. Rasa kacang padat n lembut. Wah2 memg sedap laa.. Manis2 je rasanya, tgok dri warna pon cm dah sedap, meleleh air liur.. Hihi.. Harga dijual pon xde la mahal sgt.. 3ketul RM1... ok laa, xpuas mkn ni.. Hihi.


Kuih pilihan seterusnya ni, kuih cik mek molek atau family aku pangggil kuih MEK COMEL.. haha.. pada pdngan aku xder la comel sgt dari segi texture nya.. rasanya mungkin rasanya kot yg boleh bt si pemakannya nmpak comel kot.. Haha.. Mcm2 hal la.. Wrna cokelat keemasan ni.. Memg sedap bila dimkn panas dgn diperbuat dai isi ubi n berintikan gula.. wah2.. bila mkn, mencuah2 air gula cair dlm mulut. Tu yg sedap.. 


Kuih siput. Bila tgok kuih ni teringat zaman2 lama aku n family.. wah2, seronok dulu dapt buat kuih ni sama2 ngn akak2 aku. Mklumlah kuih ni xder la susah sgt nk buat, paling best saat nk gentel tu.. haha.. Sambil bertarung siapa lg cepat tu.. Hihi.. Bila digoreng, rangup rasanya... tp, kena simpan elok2 dlm bekas xk bg lemau la..


Nama empunya kuih seterusnya ni plak puteri mandi..Ntah cmne dapt nama tu kan.. Hihi.. Unik betul.. Tp, rasanya memg best. Boleh tahan jugak ni.. Ala2 onde2 jugak, cepat air gula melaka or nisan cair n banjir kt luar.. Rasanya pon lembut n anjal.. 


Kuih ketayap.. Ni ada mcm2 warna, terpulang pd kita la, law warna hijau ada rasa pandan, pink ada rasa sirap n kuning ada rasa oren.. Tapi intinya tu yg manis, inti kelapa manis digaul ngn gula melaka.. Sedap seot.. Mkn satu xpuas. tmbah2 lagi laa..


Kuih telinga lembik ni pon salah satu favourite sejak zaman budak2 lg.. walaupon mak aku xpndai n xberminat pon nk wat, so beli kt kedai or pasar je la. Janji boleh mkn.. So, xtahu la sgt nk cter cara nk buatnya, tapi rasanya memg sedap... Manis jugak.. Adoii... lama2 kencing manis jugak aku ni kan.. Haha.. Dah semua kuih manis.. Ish2... 


kuih lompang ni pon menarik juga.. rasanya sedap n warna warni.. Haha.. dapat warna yg cantik2, sayang lak nk mkn.. Haha.. Tu masa zaman budak2 la, sekarang main mkn je.. Masuk mulut lor jwbnya, dimakan dengan kelapa parut yg dicampur gula n sedikit garam.. Memg TERBAIK!!!


kuih peneram?.. haha.. ni lah kuih yg bermcm2 nama.. ada panggil ni kuih donut kecik n kuih telinga dot.dot.dot.. tpi, rasanya still sama. Manis2 berkrim gtu.. Memg sedap, law nk beli beli laa byak skit, mkn2 rmai2 baru best.. hihi... 


Kuih Qasidah ni memg sedap.. Hihi.. Rasa yg manis n berlemak ni dimakan dgn bwang goreng.. rangup bwang tu.. Memg sedap, tp kebiasaannya aku akn goreng sedikit bawang lebih baru mkn.. Hihi.. rasa rangup n aroma bawang tu mampu menaikkn selera sesiapa je..


Ada mcm Hot Dog?... haha.. tpi, yg uniknya ni lah kuih roti kamat.. Tu family aku pnggil la, lain org lain panggilannya kot.. rasanya yg manis ni memg sedap.. Dimakan panas2 n minum air Hot Coffee,, Fuh2, memg sedap.. Best law Starbuck ada jual kuih ni.. Haha.. Lagi naik rating la kuih ni nanti..


Kuih seterusnya ni memg dah femes seluruh malaysia dah.. rasanya yang manis2 tu yg menarik minat sesiapa2 je.. Ni lah namanya kuih Baulu.. Kalau dapt cicah ngn air kopi panas ni memg sedap... Mkn pulak d musim tengkujuh.. Hihi.. 


Ni plak kuih favourite ank2 buah aku. Hihi.. Kuih tepung pelita.. Nama pon cm unik n best kn mcm rasanya.. Dilitupi dgn daun pandan, tu yg naikkan aroma n rasanya.. Manis2, and ada 2layer, layer putih kt atas n warna hijau kt bwah2... Mkn gn sudu laa, law mkn ngn tangan habis hancur kuih tu, dah xlalu nk mkan.


Pulut lepa hidangan wajib di bulan ramadhan n hari rya nanti.. mak aku suka sgt la buat kuih ni.. Maklumlah rmai ahli family yg suka sgt kuih ni.. Dikalangan kawan2 aku kt KL tu pangil kuih Pulut Panggang.. Apa2 pon, rasanya sama. diperbuat dari pulut n berintikan kelapa n isi ikn goreng,, memg sedap.. Ditambah plak mkn ngn serunding pedas.. fuyoo!!! berapi la jawabnya.. Asyik tambah je nanti.. Hidangan yg menarik!


Lastly, ni plak kuih tepung kapur.. Warna cokelat n dimakn dgn isi kelapa yg dah digaul ngn gula n garam.. rasanya memg sedap.. Dipotong nipis n kecik supaya senang nk makan n digaul dgn kelapa.. Memg best rasanya.. Asyik2 nk tambah aje. 





Rabu, 1 Ogos 2012

ramadhan tiba lagi



Menjelang Ramadhan,setiap insan pastinya akan mengunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menjalankan ibadah puasa:

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAUBAT lah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,



Kerana Gelap malamMU ku terjaga, 
keranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU, 
kusambut pemberianMU , 
dengan harapan kudapat kerinduanMu
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...



Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir batin





Institut Jantung Negara (IJN), KL

Dah lama pergi, baru skrg nk post dlm blog.. huhu.. apa kejadah laa.. Hihi.. Apa2 pon,Erm2.. akhirnya dapat jugak kaki aku jejak kt IJN ni.. Tiap kali dengar nama IJN (institut Jantung Negara), teringat kt tokoh PM kita, Tun Mahathir Mohammad.. ye laa, beliau kn da bnyak kali admit kt sini... Fuhh, bangga btol dapat masuk sini. Ronda2... Budak2 group aku (DIMI5), cohort pertama yg dapat lawat IJN ni.. Thanx to mdm Izdihar Kamal (my lecturer).. sb mdm laa kitorg diberi kebenaran buat lawatan kt cni.. First2 masuk terpegun tgok. Luas btol tempatnya.. Ada bnyak bilik xray, MRI n CT scan.. pe2, kt cni aku berpeluang tgok RNI machine n Radiotracer.. Maklumlah sesetengah hospital je kt malaysia ada semua tu... Chaiyaaaa laa IJN ni.. hihiks...

bergambar kenangan,, hope dpt dtg sini lg.. insyaAllah..


natcomp 2012

poster final natcomp2012..

Excited btol dpt tgok natcomp2012 finale ni... Mklumlah first dpt tgok live.. Nasib baik tahu jugak psal ni, ttbe2 terdetik nk tgok dlm internet psal jdual natcomp ni, rupa2nya terengganu dh dipilih jd tuan rumah untk pertandingan kali ni.. Wah2, bangga seot.. Maklumlah bkn senang dpt tgok live, ingtkan buat kt bukit jalil or shah alam je.. Pertndingn berlansung kt stadium tertutup gongbadak..

cantik jugak stadium ni kn.. 


Program dh mula awal tghari lg, tpi2 mula2 cm xbest je, pertndgn divisyen2 xsilap... so, yg dtunggu2 pertngan utk divisyen1.. Tganu diwakili smjk chung hwa wei sen n smk lembah bidong.. Nk bg semngat nih...
Persembahan mlm tu smua mantap2 la.. Thanx pd yg tersayang sb sudi teman tgok nih. hihi.. Puas la hati sb akhirnya impian nk tgok live terlaksana, sebelum ni jz dpt tgok dlm youtube je laa, xbest!!!

Yg paling persembahan dri wakil Kuala Lumpur, smk victoria n smk st.john institution.. Ewah2.. memg hebat laa.. persembahan bertemakn tribute to Sudirman n P.Ramlee.. hihi.. terimbau kmbali pd lagu2 lama.. Hihi.. Persembahan Wakil tganu pon xkurang hebatnya..

gaya seragam dri smk chung hwa wei sin, Tganu... tema Prince of Egypt.

persembahan st john institution pon lebih kurang hebat.. wah2, nice constume award.

For me, persembahan mlm tu memg hebat2 belaka, bnyak surprise la mlm tu.. penuh ceria n warna warni.. Persembahan x mengecewakan, cma kecewa sb pasukan pncragam smk sultanah asma n sek tun fatimah (STF) xmasuk... Law ada, mesti ada sengit nih.. lagi mengancam.. haha... pe2 pon, thniah bt pasukan yg berjaya mlm tu.. SMK KEAT HWA, kedah... persembahan yg best ngn tema SPAIN.. wah2, penari2 dia comey2!! constume pon ok... pada wakil tganu, hope lpas ni kerja keras lgi, bg menang gtu.. Yeah!!! hidup Ganu!!! 

tahniah KEAT HWA... kedah!!!!


ILP Gongbadak!!


Detik ni hantar mu little bro ke Institut Latihan Perindustrian Gongbadak, K.terengganu... Wah2, last minit punyer plan, ttbe dh kena hantar dia lapor diri... So, tghari tepat pkul1tghari dh gerak laa ke sana.. Nasib baik la dekat jer, sempat la beli barang2 semasa dulu... Haha.. Seronok jugak rupanya dpt hntar org p bljar ni, Selama ni org je hantar aku.. haha.. Thniah laa buat AFIQ IZHAM sb berjaya masuk.. Hope lepas ni berubah laa, jadi rajin sket n belajar molep... Kos diambil SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM), mcm susah je.. Hopefully dpt lah dia fokus, dah tu minat dia.. haha...

sempat lgi bergmbar ngn akak aku yg sorg ni,.. bajet lawo~~~

haha.. maskot~~




Selasa, 31 Julai 2012

logo farewell dimi5/29 jun 2012



Akhirnya berjaya juga akiu siapkn logo ni di akhir bln mei lepas... Lmbat plop rasanya pos dlm blog ni.. Haha.. Saje nk abadikan dl blog ni.. Penat perah otak nk buat logo, akhirnya ini lah hasilnya... Logo yang atas tu logo utk award segmen mlm tu nanti.. Ada 11award, and pemenang dipilih atas undian yg dh dibuat sejak bulan feb lepas.. Wah2, syok jugak. Teringin nk tahu keputusannya.. Semuanya ada 11award:

1.MOST ELEGANT AWARD
2.MOST CALIBER AWARD
3.MOST COOL & SPORTING AWARD
4.MOST FUNKY AWARD
5.MOST FUNNY AWARD
6.MOST CREATIVE AWARD
7.MOST EMOTIONAL AWARD
8.MOST ORIGINALITY AWARD
9.MOST HOT & SPICY AWARD
10.MOST LEADERSHIP AWARD
11.MOST POPULAR AWARD..

dan pemenangnya:... jeng.. jeng.. (tunggu utk post entry yg berikutnya la).. haha

Farewell Party bertempat di Empress Sepang Hotel....

tinjau@ muzium t'ganu

Lama sungguhnya rasanya xdapat jalan2 sekitar ganu ni.. Mklumlah jauh merantau, sesekali tgh cuti tunggu kerja, baik laa pusing2 bndar n jln2.. Destinasi yg terngiang2 kt kepala ni ialah muzium negeri.. Maklumlah last p pon masa zaman bdk2 dulu. Kayuh basikal je, mklumlah xde laa jauh sgt.. Haha.. teringat zaman2 bdk2 ni... Sekali tgok nmpak mcm biasa je.. Xder bnyak perubahan. Cuma replika batu bersurat tu je laa dah beralih tempat, tiket nk masuk dah mahal woo.. Dulu seingat aku law bdk2 50sen je, n dewasa seringgit.. Skrg bdk2 dah rm2, n dewasa rm5.. Mahal seot!!!

So, pusing2 aku kt dlm tu.. Jalan dari satu blok k blog lain.. ada 4blog xsilap aku. So, lenguh jgak berjalan.. Haha.. kn best law dlm muzium ni ada BUGGY.. haha.. (amboii!! bnyak chantek).. Pe2 pon, perjlanan yg seronok (borink sket)... hihi...







 Ni bukti ngn pose dri perjlanan/tinjauan aku n my sis, yatie's k muzium terbesar d Malaysia.. FULAMAK!!! hidup ganu.. p/s: menang sukma lagi weh~~ bangga sigh!

Khamis, 5 Julai 2012

Sesal Mendua


Tertarik sungguh aku pd susunan muzik dan lirik lagu ni.. Memg best~~~ mula2 ingt ni lagu dari indon, rupenya dari malaysia ni jugak. Muzik dia ala2 indon tpi best r. Chaiyokk Klangit... Kumpulan ank muda yg ada 3ahli, rmai jugak yg sangka ni kumpulan dari indon.. rupanya tidak sama sekali.. xsilap geng2 dia ni dulu berpecah jd pelakon, tp sekarang bergabung balik dlm bdang nyanyian lak. Xsangka usaha mereka ni berbaloi dgn hasilnya lagu yg best ni.




3 anak muda yang memperjuangkan genre moden pop rock.. Best~~


Kumpulan ni dah berjaya keluar dgn single terbaru diorg 'Sesal Mendua'.. Gempak juga aura lagu ni. selalu di main2 kn di radio. Makin naik la rating Popularity group ni. Hihi.  Kisah disebalik lagu ni ialah menceritakan kisah seorg laki2 yang menyesal sebab menduakan teman wanitanya sehingga teman wanita tu meninggalkannya..

Jom kite layan lirik lagu ni...

Lirik Lagu Sesal Mendua - Klangit

Dulu
AKu pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini...
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi...semakin jauh
Aku...semakin aku rindu
Rindukan kamu...

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin...
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua...
Kembali bersama...

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu...
Rindukan kamu...

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan sisa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

last BBQ @rumah Jepot


Tengah busy2 untuk exam final, ttbe2 ada laa satu cdngan dari presiden dimi5, ishak ajak buat BBQ kt umh jepot. Maklumlah ni lah perjumpaan n aktiviti bersama2 terakhir kitorg.. nanti dah susah nk berkumpul ramai2.. Lgpun, bkn semua yg akan hadir utk mlm Farewell nanti.. pe2 pon, perjumpaan mlm tu memg meriah.. buat kt umh jepot di tmn bakawali. Dekat je laa ngn kolej ni. Thanx to coordinator lecturer kitorg, Sir Mohd Imran sb join jgak program ni.. Memg meriah laa!!

gambar kenangan di mlm tu.

Thanx pada semua yg hadir.. Miss la kt kwn2 aku ni.. Hihi.. Nice memory ever. Kt sini sempat lagi gelak2 walaupun esoknya ada exam osce, pening nk menghafal 266jenis tulang n muscle2 lain.. Aiyoo!! hihi.. Pe2 pon dapt release stress study mlm tu. Menu mkn, Hot Dog bakar, Ayam bakar, Nasi Lemak, Mee Kari n lain2.. Air Sirap jer.. 

Rabu, 4 Julai 2012

MASJID SHAH ALAM


Dah genap sebulan aku berpraktikal kt Shah Alam ni.. Kadang2 aku n d geng pergi jugak sembahyang kt masjid shah alam ni.. wah2, gah betul nmpaknya.. Dah lama teringin k sini, asyik tgok dalam TV je.. Hari tu aku berpeluang solat n tgok masjid ni dari dekat.. terpegunnya tgok Rumah Allah ni.. tersentuh hati ni.. Alhamdulillah, aku masih berkesempatan mnghayati agungnya masjid ni.. Kedudukan masjid ni pun strategik gak, dekat ngn tasik Shah Alam.. Cun r pemandangannya.

Sempat la berposing kejap depan masjid ni.. Sementra tunggu azan Maghrib berkumandang. Brjubah sakan ni.. Thanx to Mak temy yg bg aku jubah ni.. Cantik!!!

 Ada ala ala imam muda tak?.. hihi..


bergmbar ngn kwn@akak, aziah khamis.. buat2 alim tu. haha..

Ni rutin tiap2 mlm jumaat, solat n baca yasin berjamaah.. Seronoknya... Tenang rasanya.. Then, p lepak2 minum n makn mlm kt kedai klantan area Tesco seksyen23.. 


induksi @KPP Seremban



Menunggu detik nk habis belajar, tiba2 bdak2 tajaan kkm yg terdiri dari Physio, Phrmacy n Xray dari KPJ college wajib menghadiri kursus induksi bertempat di Kolej Pembantu Perubatan Seremban.. wah2, semangat jugak ni nak mulakan kursus ni.. Yelah, kt sini nak kena berhimpun dgn bdak2 kos lain tajaan KKM dari seluruh negeri sembilan.. Tapi, kitorg terpaksa berpecah. Yang laki2 p KPPS n pompuan k Kolej Kejururwatan K.Pilah...

Hari first memg letih sb kena jalan jauh woo.. Hihi.. Tapi pengalaman yang best d tempat org.. Dah lama rasanya xjogong d awal2 pg kul5.30pg.. mata ngantuk, badan letih.... nasib baik kaki xsangkut, law tak dah tersungkur aku... Alamaknya: xlulus induksi ni.. Maklumlah indusi ni penting utk pekerja kerajaan.. Law xlulus kena repeat n ganggu proses confirm krja nanti...

Banyak laa input2 penting sbg pengkhidmat awam kerajaan ni, kena la ikut peraturan ditetapkan.. Ada ceramah mengenai elaun2 semasa.. Yang tu pling best.. Semua org xjadi tidur, fokus je.. Maklumlah dah ckp pasal duit. Memg cepat r!!! Ceramah pasal keselamatan negra pon best jugak.. Bnyak abg Jeff tu bg info yg aku sendri xtahu.. Pe2 pon, rahsia negara kna jaga.. Hidup Malaysia...!!

Aku diberikan 10kumpulan.. so, aku group2.. no so bad.. Xder la last sgt.. Geng2 group ni ok je.. Bdk2 KPJ ada syah n piyan.. Ada la jugak geng kn.. 2 org bdk MLT dri Kolej Nilai n yg lainnya bdak dari KPPS.. Ok2 la diorg ni.. Semua mesra2.. hihi.. Pompuan cun2 r.. xlepas pandang doe!!! walaupon kt sni ada lebh kurang 20org je pelajar MA pompuan..



Ni lah logo kkm.. Hihi.. Baru first time tgok time masuk induksi ni lar.. Law x, duk tgok logo KPJ je r memanjang r.. Ni bertambh smngat rasa nak berkhidmat utk kerajaan ni.. hihi... Tgok logo kami sedia membantu kt atas tu, ingat lagu dia.. Memg best r.. Suke2 ulang nyanyi ramai2.. hihi

Ni gambar bdak2 Group2.. hihi.. Group sempoi jer.. Ketua nya Haniff yang kt tengah tu.. 

 Bergambar ngn kwan rapat / roomate sehostel.

Pe2 pon, kursus berjaya dihadapi dgn jayanya.. tiada exam, jz ada kerja kumpulan n public speaking.. Gerun seyh!! Alhamdulillah semua lulus.. Berkat doa n kerja kumpulan...

MOOD: BOSAN TUNGGU KERJA....



bola oh bola.. ekslusif euro12


Wah, kehangatan bola nampaknya dah habis.. hihi.. Hampa n kecewa sb sekarang baru la ada masa nak update my blog ni. Rindu betul dah nk post citer2.. apakan daya. Habis jer euro ni, bermakna habis jugak lah detik pembelajaran aku kt Kolej Perubatan KPJ dlm course Diploma in Medical Imaging.. Horeeei.. Bersorak ala2 bola la plak..

Citer pasal bola kali ni agak menarik. Tuan tumah baru, Ukraine n Poland pun dengan jayanya dpt melaksanakn tugas sbgai tuan rumah.. Memg terbaik r!!!.. hebat betul negara2 eropah ni, bila agaknya giliran Malaysia nk jadi tuan rumah fifa world cup... Maybe 2018.. (termenung jauh smpai k puau redang)..


 logo terbaru euro 2012.. nice!!

 group2 yang dah lepas undian.. wah2. groupB tu gempak!!

Pembahagian group bg aku, xberapa seimbang sangat. Contohnya groupA tu mcm mudah skit n pasukan2 pun biasa2.. apa2 pun hebat lah republik czech walau kalah ngn Russia pd first, then trus jd juara kumpulan n naib juara greece.. GroupB plak memg sangit la. Semua hebat2.. Tapi, nasib untuk juara Germany (1 of my fav team) n Naib juara Portugal.. Kecewa la sbb Netherlands xdapat masuk pusingan seterusnya. tempat tercorot dlm kumpulan lak tu.. aduiii...

GroupC biasa2 je.. saingan mudah buat Spain n Italy ke pusingan kalah mati. Spain meneruskan rentak cemerlangnya. Nak jadi juara lg la tu.. Italy d best!! my favourite team woo!! Go Italy!! GroupD pon boleh than hebat.. England juara kumpulan n France naib juara.. Hope tuan rumah Ukraine n Poland bnyak2 sabar.. Nmpak walaupun dah jd tuan rumah xbg pe2 kelebihan pon pada pasukan ni kn.. kesian!!!

lawa jersi ni.. hah!! ni aku punya daa.. bersi uptow shah alam jew.

ni my favourite team.. GO ITALY!!! 

Pertandingan final yang agak boring.. Ntah kenapa italy cm dah hilang sengat laa. Dah xde semangat cm kalahkan Germany kt separuh akhir.. Mungkin Spain dah memg terlalu hebat kot... Sedih weh!!! 

 
Congrats spain, berjaya pertahankan kejuaraan.. Dah menang 3piala berturut2 tu.. Baru aje lg menang World Cup, ni menang lagi.. Memg hebat r... Pe2 pon, hope lpas Spain bg chance kt pasukan lain la plak bwa piala tu yer.. Go Brazil 2014!! hihi.. bye2~~~