Jumaat, 1 April 2011

pengalaman jd cikgu

Salam Sejahtera semua.. Hari ni da pengalaman baru jd cg nasyid. huhu!! memg best!! dapat tgok aksi junior kt stamad ni. Mklumlah diorg nk nyanyi lagu baru ciptaan aku. Sebenarnya da lama xjd komposer ni. dulu2 pernh laa reka 2-3 buah lgu tuk nasyid d zaman aku dulu... time tu jugak laa bnyak kali menang.. sekarang ni, kembali nk berkhdmat tuk naikkan balik nama kumplan nasyid stamad ni.. hidup SIMFONI SYAKIRIN.. woohoo!! Ni nk sertakan lirik2 puitis kotemporari tuk lagu ciptaan aku,


...
Selagi hayat dikandung badan,
Bersama tegakkan islam,
Jangan sesekali dikau lupakan,
Perintah rasul dan tuhan.

Kita tanamkan taqwa dihati,
Penuh keikhlasan,
Kita syumulkan iman dijulang,
Paksi sinar al-qur’an.

Bersama pupuk ukhuwah didalam kehidupan,
Menuju keberkatan hidup,
Dari Allah yang Esa,
Menjana kehidupan harmonis dan bahagia,
Diatas tali kasih sayang,
Yang erat dan jitu.

Allah ya rahman,
Allah ya rahim,
Allah ya ghaffar,
Allah ya karim.

Satu cita cita yang tersemai di dalam jiwa,
Menjadi  pegangan generasi masa hadapan,
Pertingkatkan amalan, mulia disisi tuhan,
Mendapat syafaat didunia dan diakhirat.
Akidah membentuk ummah bestari...
Menuju sahsiah akhlak terpuji..

Tingkatkan keimanan,
Dalam diri tiap insan,
Amal sifat mahmudah,
Jati diri cemerlang,
Teguhkan keterampilan,
Bina ummah gemilang,
Berjuang menentang kebatilan,
Maju negara terbilang

Di dalam dunia penuh pancaroba,
Berhati hati sentiasa,
Imanmu dicabar bukannya kau lalai,
Harungi dengan bijak pandai,
Menjana kehidupan harmonis dan bahagia,
Diatas tali kasih sayang,
Yang erat dan jitu.

LaillahaillaAllah,
Muhammad rasulullah..


Lagu n lirik ni ciptaan sendiri ek.. xde copy mana2. Da syarat festival nasyid memg cmtu. Tema thun ni still xtahu, tarikh bertanding pergkat daerah pon lom confirm.. pe2 pon aku harap pasukn nasyid tahun ni still dapat buat yg d best.. N nyanyi leklok, jd juara negeri lak.. kalahkan musuh tradisi stamad slama ni iaitu, smka durian guling n smka nurul ittifaq.. OK????.. go!! go!!

0 comments:

Catat Ulasan